REUNION 2022
Student Work Y10 Malay Writing Contoh Karangan Tan Yu Rou Y10 CFD Kenapa Saya Cinta Akan Raja Dan Negara? Malaysia merupakan negara saya. Malaysia mungkin tidak begitu terkenal seperti China dan Amerika Syarikat, hanya segelintir masyarakat dunia sahaja yang tahu tentang Malaysia. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak sedikitpun mengurangkan perasaan cinta saya kepada Malaysia. Malaysia mempunyai banyak perkara yang negara lain juga ada, dan tidak ada yang kurang bak kata pepatah Cina, ‘kecil tetapi lengkap.’ Saya amat cinta akan Malaysia. Malaysia tanah air saya, jadi Malaysia memegang tempat yang istimewa di hati saya. Tanah ini memberikan saya tempat tinggal, tempat untuk saya mengisi dada dengan ilmu, tempat untuk saya meneroka potensi diri, tempat untuk saya mengembangkan bakat saya. Di sini, tempat yang hebat untuk mewakili diri saya. Di sini, tahah air ini memberikan identiti bahawa saya salah satu daripada jutaan rakyat negara ini. Di sini, kerajaan menyediakan semua yang saya perlu. Malaysia adalah kecil, tetapi kami mempunyai segala-galanya yang kami perlukan. Itulah sebabnya saya cinta kepada raja dan negara saya. Negara saya terlalu istimewa. Umum mengetahui bahawa, kita mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta puluhan kaum minoriti. Walaupun kami berbeza bangsa dan budaya, kami masih berkawan dan bergaul dengan mesra. Kami berkawan dengan rakan daripada pelbagai kaum yang menjadikan kami akrab bagai isi dengan kuku. Untuk ini, saya berasa sungguh bangga kerana negara kita satu dalam sejuta. Malaysia adalah kecil, tetapi kami mempunyai segala-galanya yang kami perlukan. Itulah sebabnya saya cinta kepada raja dan negara saya. 235
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=