REUNION 2022
Student Work Y9 Malay Writing Contoh Karangan Tuong Zhan Kang Y9 UNT 31, Jalan Aman, Taman Sentosa, 50000, Kuala Lumpur. 7 Oktober 2022. Menemui sahabatku Jason, yang kini berada di Kedah. Semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya ketika menjadi sukarelawan di rumah anak-anak yatim. Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai program sukarelawan yang dianjurkan oleh sekolah saya. 35 orang murid dan 3 orang guru pengiring telah melawat ke rumah anak-anak yatim yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Tujuan program sukarelawan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengalaman murid-murid dan mendidik mereka supaya menjadi seorang yang kasih sayang. Terdapat banyak aktiviti yang telah saya lakukan di sana. Saya dan rakan-rakan telah membersihkan halaman rumah anak-anak yatim supaya mereka dapat tinggal dan hidup dalam sebuah kawasan yang bersih serta selesa. Saya juga berbual-bual dengan anak-anak yatim dan membaca buku cerita untuk mereka. Program sukarelawan ini memang bermanfaat kepada saya kerana saya bukan sahaja boleh berkenalan dengan kawan-kawan baharu, tetapi juga menyedarkan bahawa saya bertuah untuk mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap agar program seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang. Setakat ini sahaja surat saya buat kali ini. Saya akan tulis lagi pada masa akan datang. Yang benar, John 234
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=