REUNION 2022
Student Work Y9 Malay Writing Tambahan pula, faedah yang diperoleh daripada menyertai aktiviti kokurikulum ialah memupuk perpaduan antara murid. Hal ini berlaku kerana sekolah merupakan alma mater dalam membentuk penyatuan sesebuah komuniti khusus bagi golongan muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Tamsilnya, melalui aktiviti bersukan murid akan mempelajari cara untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta memahami nilai seperti bertolak ansur dan menghormati rakan-rakan mereka. Akibatnya, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Jelaslah bahawa, penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri generasi muda ini. Konklusinya, pelbagai faedah akan diperoleh daripada murid sekiranya mereka menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Oleh itu, semua pihak terutamanya guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing- masing dalam memastikan anak-anak di sekolah menyertai aktiviti kokurikulum secara sepenuh hati agar mereka berjaya mendapat nilai yang ingin diterapkan dalam inisiatif ini. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda hari ini sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut. Jika aktiviti kokurikulum dimanfaatkan secara efisien, pastinya jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan dapat dilahirkan bak kata cogan kota, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. 233 Contoh Karangan Zoe Chong Xiao Teng Y9 UDS (Continued)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=