REUNION 2022

Student Work Y8 Malay Writing Contoh Karangan Koh Zi Yi Y8 CFD (Continued) Di samping itu, saya berkunjung ke perpustakaan yang berdekatan dengan rumah saya. Saya berkunjung ke perpustakaan yang terletak di Jalan Besar bersama-sama dengan Ali dan Akau pada setiap setiap Sabtu dan Ahad untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah. Misalnya, tumpuan saya menjadi lebih fokus apabila mengulang kaji pelajaran di perpustakaan kerana suasananya yang tenang dan senyap. Oleh itu, saya berkunjung ke perpustakaan selepas waktu persekolahan untuk meningkatkan prestasi saya dalam peperiksaan. Akhir sekali, membuat ulangkaji dan latihan tambahan juga merupakan salah satu usaha saya untuk berjaya dalam peperiksaan. Saya membeli banyak bahan ulangkaji di kedai atau pesta buku pada setiap bulan seperti buku rujukan, buku latih tubi, dan juga buku soalan kertas sebenar. Tamsilnya, saya menyediakan jadual belajar sendiri untuk memastikan pembelajaran saya sentiasa bersistem. Jelaskan bahawa, membuat ulangkaji dan latihan tambahan berfaedah untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Sekian sahaja yang saya dapat coretkan kepada saudari. Saya berharap semoga kita akan berjumpa dalam lembaran yang lain. Sambutlah salam daripada saya untuk saudari sekeluarga. Sekian, terima kasih. Saudariku, Zi Yi . . 230

RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=