REUNION 2022
Student Work Y8 Malay Writing Contoh Karangan: Koh Zi Yi Y8 CFD No.88, Jalan Indah 1, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. 1 Oktober 2022. Menemui sahabatku yang dirindui selalu, Wei Xin yang berada di Ipoh. Semoga sihat sejahtera dan riang selalu. Saudari, Apa khabar saudari di sana? Saya memohon doa dan kesejahteraan sahabat agar sentiasa dalam situasi sihat-sihat. Bagi diri saya dan keluarga juga sihat sejahtera. Sebelum terlanjur jauh, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana saudari masih sudi berutus surat dan mengirim khabar. Barangkali, inilah yang dikatakan ‘walau jauh di mata, tetapi dekat di hati’. Dalam surat ini, saya ingin memberitahu saudari tentang persiapan-persiapan yang saya lakukan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Antaranya ialah saya sentiasa menumpu perhatian semasa belajar di dalam kelas. Semasa guru mengajar di dalam kelas, saya akan memberi sepenuh perhatian dan mencatat nota-nota penting dalam buku nota agar saya boleh membuat ulangkaji di rumah. Contohnya, saya akan bertanya kepada guru-guru subjek sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang faham, bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Jadi, salah satu cara saya belajar untuk mendapat markah yang tinggi ialah saya akan menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan menghadiri kelas tuisyen selepas waktu persekolahan. Saya menghadiri kelas tuisyen selepas waktu persekolahan supaya dapat lebih faham dalam subjek-subjek yang lemah seperti Bahasa Inggeris dan Sains. Sebagai contohnya, jika saya masih tidak faham topik yang diajar oleh guru di sekolah, saya boleh mengambil peluang ini untuk menanya guru tuisyen dan beliau banyak memberi soalan peperiksaan tahun lepas untuk menguji tahap kefahaman saya. Maka, salah satu cara untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ialah saya akan menghadiri kelas tuisyen. . 229
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=