REUNION 2022
Student Work Y10 Malay Writing Contoh Karangan Hew Wen Wei Y10 CFD Pengalaman saya semasa kelas atas talian Telefon di sebelah katil berdenting sudah sepuluh kali. Saya bangun dengan perasaan letih hanya menyedari masa sekarang sudah pukul 8:10. Saya hampir terlupa untuk mengadakan kelas atas talian pada pukul 8 pagi ini. Saya bergerak menggosok gigi dan menggunakan telefon untuk menyertai mesyuarat zoom guru sains. Kes pandemik yang disahkan meningkat setiap hari sehingga semua pelajar mesti tinggal di rumah dan belajar atas talian.Saya mendengar suara guru sangat pelik, seperti suara robot. Aduhai, wifi rumah rosak lagi! Saya tidak dapat menumpukan perhatian untuk mendengar guru mengajar kerana bunyi kawasan belajar sungguh keliruan. Saya mendengar adik saya terlalu bising menonton kartun dan ibu sedang menelefon kawannya. “Hew Wen Wei, kerja rumah kamu belum siap,saya sudah memberi kamu masa yang cukup!” saya mendengar suara guru yang marah dari telefon. Saya berasa sangat tidak berdaya kerana rumah saya hanya ada satu komputer sahaja. Saya mesti berkongsi komputer ini dengan abang dan adik. Kami bergilir menggunakan komputer ini jadi kadangkala saya tidak mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan kerja rumah. Apabila kelas tamat, saya berhajat semua orang badan sihat dan pandemik boleh hilang supaya boleh kembali ke sekolah. 238
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=