REUNION 2022

Student Work Y10 Malay Writing Contoh Karangan by Tan Yu Rou Y10 CFD (Continued) Malaysia tergolong dalam kalangan negara di dunia yang masih mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang merupakan warisan sistem politik yang masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi tradisional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya. Mengapakah saya cinta kepada Raja? Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu menghormati raja. Rukun negara merupakan janji saya untuk menetapkan kesetiaan kepada Raja dan negara. Pada hemat saya, raja mempunyai kuasa terhadap kesejahteraan negara. Raja adalah simbol perpaduan. Raja bukan hanya Raja kepada bangsa Melayu sahaja, malah Raja merupakan raja kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Raja adalah payung kedaulatan negara saya untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Raja yang bersemayam di puncak pemerintahan dan menjadi lambang kuasa dan simbol perpaduan. Raja mempuyai kebolehan dalam kuasa eksekutif, kuasa legislatif, kuasa kehakiman, pemberian bintang kebesaran dan ketua angkatan tentera, pelantikan perkhidmatan awam dan suruhanjaya. Saya cinta kepada raja dan negara saya. Seperti yang terkandung dalam lirik lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita. ‘Negaraku, Tanah tumpahnya darahku. Rakyat hidup, bersatu dan maju. Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan. Raja kita, selamat bertakhta. Rahmat bahagia, tuhan kurniakan. Raja kita, selamat bertakhta.’ Setiap kali saya mendengar lagu Negaraku ini, saya sentiasa ingat maksud lirik. Sejak menginjak ke tadika sehinggalah sekarang, saya pasti berdiri tegak semasa melagukan lagu Negaraku. Itulah cara saya menunjukkan saya cinta kepada raja dan negara saya. Pada masa hadapan, saya berharap agar negara saya akan terus cemerlang dan lebih cemerlang. Sudah tentu, saya percaya bahawa negara saya berkembang baik dan lebih baik, bak kata pepatah Cina, ‘Semua yang anda percaya akan berjaya, tetapi hanya menunggu masa.’ Pada masa yang sama, saya juga akan menggunakan ilmu pengetahuan yang telah saya pelajari di sekolah untuk membantu negara saya untuk menjadi terbaik. Selain itu, saya akan cuba yang terbaik untuk mempromosikan negara saya kepada dunia mengikut kemampuan saya supaya negara saya dikenali dan dikunjungi lebih ramai orang. Saya ingin mengakhiri karangan saya dengan satu peribahasa. ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, saya berharap agar negara saya dapat menjadi lebih baik dan saya percaya masanya akan tiba untuk negara saya dan seluruh rakyat Malaysia setanding dan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia ini. Secara ringkas, inilah sebabnya sebab saya cinta kepada raja dan negara saya. 237

RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=