REUNION 2022
Student Work Y10 Malay Writing Contoh Karangan Tan Yu Rou Y10 CFD (Continued) Izinkan saya berkongsikan kisah saya dengan anda. Hari itu, malam hujung minggu. Saya masih ingat, sewaktu saya menjamu selera di sebuah restoran dengan keluarga saya. Saya melihat adegan yang tidak dapat dilupakan. Seorang ibu tua sedang menggendong anak perempuannya yang berusia satu tahun. Mereka sedang mengemis di restoran itu. Pada mulanya, situasi itu tidak cukup untuk menarik perhatian saya, kerana perkara itu sesuatu perkara yang agak biasa untuk saya. Tetapi tindakan seorang pakcik yang baik hati pada ketika itu mengejutkan saya. Dia bukan sahaja menyumbangkan wang kepada mereka, malah dia juga membungkuskan makanan dari restoran itu untuk dibawa pulang oleh mereka. Kita semua tahu bahawa terdapat banyak penipu pada zaman ini dan kita tidak sepatutnya mempercayai orang lain dengan mudah. Namun, kebaikannya tetap membuat saya terharu. Walaupun mereka mungkin penipu, beliau sanggup percaya bahawa mereka benar-benar dalam kesusahan dan beliau bersedia untuk membantu mereka. Jika lain kali saya berada dalam situasi yang sama, saya juga akan membantu mereka yang memerlukan. Pakcik yang berhati mulia itu memberi saya keberanian untuk membantu orang lain. Perkara itu juga membuatkan saya merasai semula bahawa terdapat ramai orang yang baik di negara saya. Itulah sebabnya saya cinta akan raja dan negara saya. Memandangkan Malaysia sebuah negara berbilang kaum, negara saya mempunyai banyak masakan istimewa yang tidak dimiliki oleh negara lain. Hanya milik negara kami. Lemang, makanan tradisional Melayu dan juga merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Melayu yang terkenal sejak zaman dahulu. Selain itu, Nasi Lemak juga adalah salah satu makanan tradisional Melayu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sebagai makanan pembuka hari. Tanpa disedari, pelancong yang berkunjung di Malaysia juga akan memilih nasi lemak sebagai sarapan. Sudah semestinya, masyarakat India juga mempunyai makanan tradisional yang terkenal seperti tosai. Tosai adalah makanan yang sangat sihat ekoran kaya dengan sumber karbohidrat dan juga protein. Mungkin sesetengah orang tidak akan menyukai rasanya apabila mereka mencubanya buat kali pertama, tetapi tidak akan dapat melepaskan diri selepas itu. Makanan tradisional Cina, Kuih Bakul, juga terkenal di Malaysia. Kuih bakul mempunyai makna yang bagus yiaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan. 236
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=