REUNION 2022
Student Work Y8 Malay Writing Contoh Karangan Lee En Qi Y8 ACD (Continued) Tidak dapat dinafikan bahawa pihak kerajaan seyogianya mengambil inisiatif yang proaktif untuk mengadakan kempen perpaduan. Dengan kempen perpaduan, pihak kerajaan bakal menerapkan semangat perpaduan dalam generasi muda. Dalam kempen tersebut, pihak kerajaan boleh menganjurkan ceramah tentang kepentingan semangat perpaduan. Tamsilnya, penceramah boleh menegaskan bahawa semangat perpaduan dapat memupuk suasana harmoni dan cceria dalam negara kita. Ironinya, remaja yang mendengar ceramah tersebut dengan pasang telinga akan menyedari bahawa mereka haruslah cinta akan setiap individu di negara kita tanpa kira darah dan warna.Situasi ini selaras dengan peribahasa “tak kenal maka tak cinta”. Pendek kata, pihak kerajaan perlu mengajurkan kempen perpaduan bagi membudayakan semangat perpaduan dalam kalangan remaja. Ibarat sudah terang lagi bersuluh, kita haruslah mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda sebelum nasi sudah menjadi bubur. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan pihak sekolah seyogianya bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut. Jika situasi ini tidak dipandang serius, kami bimbang pemimpin negara kita pada masa hadapan tidak akan mempunyai hubungan silaturahim di peringkat antarabangsa. Namun, sekiranya langkah-langkah dilaksanakan secara meluas dan efisien, negara kita akan mempunyai pemimpin yang berjaya dan bakal membawa negara kita menuju ke puncak kejayaan. Dengan ini, negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara di seantero dunia serta merealisasikan impian berwawasan dan berjaya. . 228
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=