REUNION 2022
Student Work Y8 Malay Writing Contoh Karangan Lee En Qi Y8 ACD Pada era globalisasi dan modenisasi ini, sesetengah kalangan remaja tidak menitikberatkan semangat perpaduan. Penomena ini telah membimbangkan segelintir anggota masyarakat dan menjadi buah mulut yang hangat diperkatakan. Jika situasi ini berterusan, kami risau generasi muda tidak akan mempunyai hubungan yang rapat antara kaumdan bangsa yang berbeza. Oleh itu, pelbagai pihak sewajarnya berganding bahu untuk menangani masalah tersebut ibarat peribahasa ‘ muafakat membawa berkat ‘. Pada hemat saya, langkah-langkah mengatasi masalah ini perlulah dilaksanakan dengan segera kerana ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda? Sebagai mukadimah perbincangan, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk membudayakan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak diibaratkan sehelai kain yang putih suci. Dengan menjadi suri teladan serta mendidik mereka tentang kepentingan semangat perpaduan, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka. Misalnya, ibu bapa boleh menonton video tentang semangat perpaduan bersama-sama anak mereka, menerangkan tentang keistimewaan budaya Malaysia dan hadir ke rumah terbuka orang lain bersama dengan anak-anak. Intihanya, anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka kerana bapa borek, anak rintik. Situasi ini memang selaras dengan peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Jelaslah bahawa pengaruh ibu bapa merupakan satu pemangkin untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Hakikat yang tidak dapat dilupakan bahawa pihak sekolah juga seharusnya memikul obligasi untuk mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Sambutan ini merupakan satu wahana yang efisien untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah. Bagi menyemai benih semangat perpaduan dalam jiwa murid-murid, sambutan Hari Kemerdekaan mestilah dijalankan sekali setahun. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti seperti persembahan tarian tradisional, kuiz tentang pelbagai budaya di Malaysia serta pertandingan membuat pakaian tradisional daripada pelbagai bangsa. Kesannya, murid-murid dapat memahami keistimewaan bangsa serta budaya Malaysia dan lebih menghargai Hari Kemerdekaan. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti berkumpulan juga mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain bagai isi dengan kuku, maka, semangat perpaduan dapat dipupuk antara murid-murid. Bak kata mutiara, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pihak sekolah haruslah menganjurkan sambutan hari Kebangsaan. . 227
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=