REUNION 2022
Student Work Y7 Malay Writing Contoh Karangan Phuah Shan Ze Y7 GTD (Continued) Perjalanan kami ke Terengganu mengambil masa selama 6 jam. Setelah tiba di jeti, kami pun menaiki bot untuk menuju ke Pulau Redang. Setelah tiba di Pulau Redang, kami menikmati makanan laut yang sedap di restoran berdekatan. Selepas itu, barulah kami sekeluarga pergi mendaftar masuk ke resort yang telah ditempah oleh ayah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di situ seperti kolam renang, tempat barbeku dan restoran. Pada keesokan hari, kami sekeluarga berjalan-jalan di pantai. Selepas itu, bapa mencari tempat yang sesuai untuk kami berkelah. Setelah puas berjalan, akhirnya kami berkelah di bawah sebatang pokok yang rendang. Kami menikmati makanan yang dibawa oleh ibu. Ayah berehat sambil berbual dengan ibu manakala saya dan adik bermain layang-layang di tepi pantai. Selepas itu, ayah mengajak kami bersnorkel untuk melihat karangan dan hidupan akuatik yang terdapat di tepi pantai. Pada waktu petang, ayah telah menyewa sebuah bot untuk bersiar-siar di sekitar pulau. Kami dapat menyaksikan pemandangan yang sangat indah sepanjang aktiviti tersebut. Selepas itu, bot tersebut membawa kami ke sebuah lokasi khas untuk memancing ikan. Saya dan ayah berjaya menaikkan beberapa ekor ikan dan juga sotong. Kami sekeluarga sangat seronok dan gembira. Pada hari terakhir di situ, kami pun mendaftar keluar daripada resort dan menuju ke jeti untuk pulang ke Terengganu. Setelah sampai di jeti, kami sekeluarga memasukkan barang-barang ke dalam kereta dan kemudian menuju pulang ke Kuala Lumpur. Sekian sahaja yang dapat saya coretkan kepada saudara. Saya berharap semoga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sekian, terima kasih Yang ikhlas Shan Ze 226
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=