REUNION 2022

Student Work Y7 Malay Writing Contoh Karangan Phuah Shan Ze Y7 GTD No 18, Jalan Indah Taman Ceria 41057 Klang Selangor Darul Ehsan 22 Oktober 2022 Menemui sahabatku yang dirindui selalu, Jie Xun yang kini berada di Kelantan semoga sihat sejahtera dan riang selalu. Saudara, Apa khabar saudara di sana? Saya memohon doa dan kesejahteraan saudara agar sentiasa dalam situasi sihat-sihat selalu. Bagi diri saya dan keluarga di sini juga sentiasa sihat sejahtera. Sebelum terlanjur jauh, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana saudara masih sudi berutus surat dan berkirim khabar. Barangkali, inilah yang dikatakan ”walau jauh di mata, tetapi dekat di hati”. Dalam surat ini saya akan berkongsi cerita tentang pengalaman saya dan keluarga bercuti di Pulau Redang. Pada hari pertama percutian kami di Pulau Redang, saya dan keluarga saya bangun pada awal pagi untuk membuat persediaan bertolak ke Pulau Redang. Bapa memberi tanggungjawab kepada saya untuk membawa bagasi manakala adik saya ditugaskan untuk membawa alatan keperluan harian. Ibu saya pula menyediakan sarapan yang lazat untuk kami. Setelah memastikan segala kelengkapan lengkap, kami pun bertolak ke Terengganu dengan menaiki kereta bapa saya. 225

RkJQdWJsaXNoZXIy NjE5Mjc=